Hari Ini Dalam Kenangan...

Jadikan semalam sebagai pedoman, hari ini sebagai kenangan dan esok sebagai impian.....

Wednesday, June 25, 2008

Kalau vs Jika..

Hi Blog,

Something to ponder...


KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak tendang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati






Read more!>>>


posted by liZaZmi at 11:12 AM 0 comments

Tuesday, June 24, 2008

Oprah's View on Men..

Hi Blog,

Aku copy and paste this from a website...aku rasa berguna jugak apa yg Oprah kata mengenai orang lelaki...so lesson learned: Never give 100% trust to your man.


If a man wants you, nothing can keep him away.

If he doesn't want you, nothing can make him stay.

Stop making excuses for a man and his behavior.

Allow your intuition (or spirit) to save you from heartache.

Stop trying to change yourself for a relationship that's not meant to be.

Slower is better. Never live your life for a man before you find what makes you truly happy.

If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve then heck no, you can't "be friends". A friend wouldn't mistreat a friend.

Don't settle. If you feel like he is stringing you along, then he probably is.

Don't stay because you think "it will get better." You'll be mad at yourself a year later for staying when things are not better.

The only person you can control in a relationship is you.

Avoid men who've got a bunch of children by a bunch of different women.

He didn't marry them when he got them pregnant, why would he treat you any differently?

Always have your own set of friends separate from his.

Maintain boundaries in how a guy treats you. If something bothers you, speak up.

Never let a man know everything. He will use it against you later.

You cannot change a man's behavior. Change comes from within.

Don't EVER make him feel he is more important than you are... even if he has more education or in a better job.

Do not make him into a quasi-god. He is a man, nothing more nothing less.

Never let a man define who you are.

Never borrow someone else's man. If he cheated with you, he'll cheat on you.

A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you.

All men are NOT dogs.

You should not be the one doing all the bending...compromise is two way street.

You need time to heal between relationships...there is nothing cute about baggage... deal with your issues before pursuing a new relationship.

You should never look for someone to COMPLETE you... a relationship consists of two WHOLE individuals. Look for someone complimentary, not supplementary.

Dating is fun...even if he doesn't turn out to be Mr. Right.

Make him miss you sometimes...when a man always know where you are, and you're always readily available to him - he takes it for granted.

Never move into his mother's house. Never co-sign for a man. Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need.

Keep him in your radar but get to know others.

Share this with other women and men (just so they know)... You'll make someone smile, another rethink her choices, and another woman prepare.


They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them and an entire lifetime to forget them.



Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:31 PM 0 comments

Monday, June 23, 2008

Staff Outing in........Bandung.

Hi Blog,

Aku baru jer balik dari Bandung...pergi dgn opismate...dari 19-22 June...Kali ni aku pegi dgn Abang ajer...anak2 aku tinggalkan dgn mak tok dan tok yah...ari tu baru jer bawak diorg semua pi Bandung..so kali ni aku pergi berdua..lagipun perjalanan nak ke Bandung tu cam tak sesuwai nak bawak budak2 kecik...


Kami naik flight KLM 0809 dari KLIA pukul 4.30pm..sampai di Jakarta dalam pukul 6.30pm time Jakarta...sampai kat airport Soekarno-Hatta dah nak masuk maghrib...terus ke rumah makan Lembur Kuring...masakan Sunda..lepas makan kami terus ke Bandung menaiki bas pariwisata...(tour bus)..dalam 3 jam through hi-way..tapi hi-way diorg, mak aiii..sakit badan la..sbb jalan dia tak pakai tar...pakai konkrit..so imagine la duduk dalam bas tu mcm duduk atas kuda..abis sakit satu badan..hehehe..

Sampai Bandung dalam pukul 12t/malam..check-in di Hotel Mutiara..hotel ni ok jugak la walaupun 3 star...siap ada swimming pool tu..jgn tak tahu...lepas mandi terus zzzzz sbb badan penat sesangat...

Hari Jumaat tu kami mulakan acara dgn melawat Tangkuban Perahu (TP)...ada la dlm sejam nak sampai sini...on the way tu kami sempat la lalu depan villa2 org2 kaya kat Indonesia ni..cantik2 rumah diorg tapi diorg cuma dtg villa ni time weekend ajer..time weekdays jadi rumah maid diorg...ahaks...

Sampai kat TP ni, kami disambut dgn paparazzi...mak aiii...punya la ramai mengalahkan pelancong2 yg ada kat TP ni...aku jadi rimas sbb diorg dok push aku beli barang2 diorg..kesian la pulak tapi aku kena kuatkan semangat takut ke con dgn diorg..sampai sudah aku tak beli apa2 pun kat sini..tapi sempat lihat kawan2 opis borong sakan kat sini...

Lepas TP, kami pi lunch kat rumah makan Balibu..makan masakan Sunda...lepas tu the guys solat kat satu masjid kat daerah Lampung (kalu aku tak silap la)...lepas solat Jumaat baru ler kami pi shopping kat FO....tour guide bawak kami pi shopping kat Grande, Blossom, Heritage, Episode, etc...letih aku berjalan dan memborong barang2...ahaks...

Lepas abis shopping, tour guide nak bawak kami makan nasi padang kat Restoren Simpang Raya tapi kami refuse sbb dah pernah makan kat sini dan Abang tak suka so at the end kami pi makan kat Restoren Pak Chi Met...we went there via cab...memang sedap dan puas hati.....

Lepas makan, kami tahan teksi nak balik ke hotel but then decided nak shopping lagi kat Rumah Mode...sampai kat sini, taxi man tu kata dia akan tunggu kami then bawak kami balik ke hotel...aku dah jadi suspicious dah...mesti taxi man ni nak con kami...bila sampai hotel, dia charge kami dlm Rp100 000 utk perjalanan dari restoren-rumah Mode-hotel which was so ridiculous..end up Abnag bayar kat taxi man tu Rp 30 000 jer...nasib kami tak tertipu...ahaks..

Hari Sabtu pulak, lepas breakfast kami pi beli kek kukus kat Kartika Sari then di bwak ke Pasar Baru...kat sini kami shopping beli seluar dan baju ...pastu beli toys Ben10 utk budak2...beli tudung utk Mama dan guess what?? Abang sempat beli travel adapter sbb handphone dia dah "kering kontang"....sabooo jer la...

Lunch plak kat Rumah Makan Resep Dapurku...makanan Sunda tapi puas hari la sbb sedap banget..especially sambal belacan dia...terangkat!!!...Lepas makan kami bertolak balik ke Jakarta..sampai Jakarta dalam pukul 4pm then terus ke Taman Mini Indonesia...kat sini ada la rumah2 tradisional suku kaum kat Indonesia ni..masa kat rumah org Jawa Tengah, kami terserempak dgn satu majlis perkahwinan org Jawa...cantik juga la decoration dalam dewan tempat majlis diadakan...


Lepas Taman Mini, kami dinner nasi padang dekat Restoren Selero Jumbo...ok jugak la dishes kat sini...lepas makan, terus check-in kat Hotel Bintang Griyawisata...

Esok tu hari terakhir kami di Indonesia...lepas breakfast, kami check-out dari hotel dan terus dibawak bershopping kat Mangga Dua ITC...aku tak suka sangat shopping kat sini sbb barang dia lagi mahal compared to Bandung dan tak berapa cantik dan berkualiti....tapi sempat la aku sambar beg sekolah utk Haziq dan Hasif...pastu beli jugak beg sandang letak laptop...penat jugak shopping kat sini sbb kawasan dia besar sangat...

Lepas shopping kami lunch kat restoren Riung Sari..makan masakan padang...lepas makan terus pi airport sbb nak amik flight KLM balik ke Mesia...sampai Mesia dalam pukul 9.30pm...amik taxi sampai rumah dalam pukul 10.30pm...penat sungguh ...tapi puas hati jugak la sbb boleh shopping sekali lagi kat Bandung..

Overall, Bandung memang best utk bershopping...kalu ada rezeki, aku nak pi lagi Bandung...best..best...



Labels:


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:31 PM 0 comments

Tuesday, June 17, 2008

Mini kebun aku..

Hi Blog,

Rasanya aku pernah mention yg salah satu hobi aku adalah bercucuk tanam...
So aku dah mulakan xtvt aku ni dgn menanam pokok serai sejak hari Sabtu lepas...hari ni aku dah nampak serai aku dah mula nak keluarkan daun hijau...Yippie...harap2 menjadilah serai aku ni..


Serai wangi baru ditanam

Selain daripada serai aku pun dah mula menanam daun pandan kat dalam pasu..so far so good...nampak daun masih hijau..cuak jugak la sbb dah banyak kali aku cuba nak tanam daun pandan dalam pasu tapi susah nak hidup..kejap ajer dah layu dan mati...so harapan aku kali ni insya Allah daun pandan akan hidup subur macam pokok aku yg lain...


Daun pandan jauh ke tengah

Masa pergi nursery kat Sg Buloh Ahad lepas, aku sempat la beli 3 anak pokok...satu pokok daun limau purut yg aku bagi nama Miss Pam...satu lagi daun limau nipis yg aku bagi nama Miss Lip...dan last but not least, pokok cili padi yg telah keluar banyak buah...merah2 pulak tu...geram jer aku tengok...


Limau Purut & Limau Nipis


Cili padi

Selain daripada ni, aku ada jugak tanam pokok daun kesum dan pokok daun kari...semuanya alhamdulillah menjadi...hidup subur, segar bugar...pokok kunyit pun aku baru semai tapi tak tahu la samada akan hidup atau tidak...dulu dh pernah tanam tapi tak menjadi...sedih gak...


Daun kesum


Daun kari

Labels: ,


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 2:41 PM 0 comments

Monday, June 16, 2008

Kerastangan

Hi Blog,

Bebaru ni anak2 aku ada buat kerastangan sempena Mother's Day..and Father's Day..


Kerastangan de boys..


Abang buat card and tulis yg dia sayang kat Mama...Adik plak buat kad pastu cop tangan dia atas kad tu pakai water color warna biru...kat bawah ni ada la gambar2 kad yg diorg buat untuk aku...



Ini dari adik untuk Mama



Ini signature Adik


Untuk Father's Day plak, si Abang lukis gambar orang dan kereta atas kad tu..tapi aku nampak cam ultraman...hehe..pastu dia tulis " I love U Papa"...Suami aku nampak very de touching..mungkin dia tak sangka yg anak dia akan bagi kad kat dia...hehehehe..Adik plak buat kad tapi tulisan atas kad tu mcm cikgu dia yg buatkan..tapi tak kisah la...as long as the thought that counts...

Ini kad dari Abang untuk Papa



Adik and his card



Ni mcm tulisan cikgu Adik..


Pandai betul anak2 aku express kasih sayang diorg kat kami, as the parents...love them so much!


Labels:


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 2:25 PM 0 comments

I'm in the news...

Hi Blog,

Semalam aku pi pejabat pos besar KL sbb nak pi amik duit rebate RM625 yg kerajaan bagi kat owner kereta bawah 2000cc...sehari sebelum tu, aku ingat nak pi la pejabat pos tapi bila tengok queue panjang sampai keluar, terus terbantut niat aku..tak sanggup nak berpanas semata2 nak amik duit RM625..


So semalam dengan semangat berkobar2, aku pun pi la..bila sampai, nampak lengang ajer pejabat pos...aku amik no..tak sampai seminit no dah kena panggil...dalam 5 minit dah dapat duit...masa nak keluar pejabat pos tu, ada reporter ni nak mintak kebenaran nak interbiu..aku pun ok jer...siap amik gambo lagi...hehehe...

So hari ni..aku belek2 paper...ada nama aku ngan cerita pasal duit rebate RM625 tu..glamer sekejap...hehehe.....walaupun cerita tak panjang mana dalam paper tu at least aku dah merasa la cam mana kena interbiu ngan reporter..terasa cam artis la plak..hahaha...jangan jeles ye orang itu (you know who you are) !!




Labels:


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 2:08 PM 0 comments

Wednesday, June 11, 2008

Setelah harga minyak naik...

Hi Blog,

Sekarang ni rakyat Mesia dibebani dengan kenaikan harga minyak yang teramat la tak masuk dek akal...rege dah jadi RM2.70 seliter dari RM 1.90 seliter...kayap oooo...
Semua rege barang naik...rege sayur naik..rege ikan..rege daging..rege ayam..pendek kata serba serbi la naik...


Disebabkan kenaikan ni,aku rasa aku kena buat something utk kurangkan kos perbelanjaan isi rumah...aku nak bercucuk tanam sayur2an kat rumah...yup..ni lagi satu angan2 aku yg aku simpan sejak sekian lama...

TAPI....

kawasan rumah aku ni tak de tanah...depan dan belakang abis kena simen...kalu nak tanam pokok pun haruslah guna pasu...kat rumah plak, pokok2 yg aku tanam sumenyer pokok hiasan yg aku rasa kurenggg beri faedah dari segi $$$ buat masa sekarang..

so..sementelah hari ni aku ada banyak free time kat opis, aku telah menggoogle cara2 terbaik utk menjadikan angan2 aku ni menjadi kenyataan..setelah puas aku baca sana..baca sini, aku rasa kaedah paling sesuwei is kaedah hidroponik....

Kaedah ni is tanahless...(tak guna tanah)...instead guna air as a medium... tanaman sayur plak terbahagi kepada yg berdaun dan yg berbuah...

Jenis sayur berdaun: Kangkung, salad, kailan,sawi, bayam..
Jenis sayur berbuah: Cili, tomato, bendi...

Ni sume sayur2 favorite aku ni...So next step is to gather alat2 yg diperlukan dan juga biji benih ..then baru lah boleh start semaian..

Nanti aku update progress aku dalam posting yg akan datang..tunggu!!!





Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:36 PM 0 comments

Tuesday, June 10, 2008

Uban..

Hi Blog,

Alamak!!! That was my first reaction when I discovered that I have a grey hair...yup...aku sudah beruban...putih shining plak uban aku tu..


Tak sangka ye...aku dah tua!!!...Selama ni aku dok cari uban atas kepala orang...hari ni aku jumpa plak uban atas batu jemala aku ni...kuang..kuang..kuang..


Tapikan aku rasa uban ni terjadi mungkin sebab aku buat rebonding kot...lagi mau ketepikan hakikat ...hahahaha..apa2 pun aku dah semakin tua....



Labels:


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 4:19 PM 0 comments

Monday, June 09, 2008

My Friend's Predicament..

Hi Blog,

Last week I heard a news about my friend's predicament. She has just delivered a baby girl but sad to say, her baby is being diagnosed with Down Syndrome..and right now her baby is being monitored by the docs in ICU for bowel infection and heart problem..


Kesian sangat kat kawan aku tu..Hopefully she is strong to face this test from Allah..

I have this poem which I think is good for her..

ALLAH KNOWS BEST

Allah knows what's best for us,
So why should we complain.
We always want the sunshine,
But He knows there must be rain..
We always want laughter,
And the merriment of cheer,
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often,
With suffering and with sorrow,
He tests us not to punish us,
But to help us meet Tomorrow.
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm,
And the sharpness of the chisel
Gave the marble its form.
Allah tests us often
And for every pain He gives us,
provided we are patient,

Is followed by rich gain.
So, whenever we feel that
Everything is going wrong,
Remember, it is just Allah's way
To make our spirit strong!

Author: Unknown


Labels:


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 5:13 PM 0 comments

Thursday, June 05, 2008

Run Forest...Run..

Hi Blog...

Lately ni aku terjebak dengan satu hobi yg rasanya aku patut buat longggggggggggg time ago...that is RUNNING...yup..it may sound silly to some people but I find RUNNING is really enjoying and so much fun...

Aku start berlari ni lepas abis pantang beranakkan Haifa...selalunya aku buat time weekend...but 3 weeks ago, aku berlari almost everyday...lepas office hour...selalunya aku sampai rumah dari opis around 6.30-6.45pm..then change to my running gear..pastu lari la sorang2 kat tasik mcm dalam map kat bawah ni..




Masa mula2 start berlari tu aku amik masa dalam 20-30minit nak complete satu round tapi lepas stamina dah up sikit, aku boleh buat dalam 15 minit...so ada peningkatan la kekdahnyer...

Tapi semenjak dua menjak ni..aku dah lama tak lari sbb selalu balik dari opis lambat sangat..kekadang tu plak, bila sampai rumah, hujan turun selebat-lebatnya...mmm...frust jugak la sbb tak dapat nak buat xtvt yg aku suka...

Sekarang aku nak upgrade track aku..nak naikkan jadi 3km..ari tu dah try pusing kat area rumah flat dekat dengan rumah aku...ok jugak la...walaupun aku rasa penat sket..

Semalam berborak dengan kawan aku..dia ni pun fanatic lari2 ni...dia bagi some tips and tricks tentang berlari ni...dia kata ada satu kedai jual kasut khas utk runner..kat Bukit Bintang...tokey kedai tu is actually an avid runner...siap bukak kedai jual running gears sume sbb minat teramat sangat dengan lari ni..think i'll pay him a visit one day...aku pun rasa aku kena tukar running shoes aku tu sbb rasa cam tak sesuwai la...mintak Abang sponsor la...hehehehe

Ok..harap2 hobi baru aku ni bukan takat hot2 chicken shit...wish me luck!!!





Read more!>>>


posted by liZaZmi at 4:16 PM 0 comments

Tuesday, June 03, 2008

Haziq is 6 y.o today

Hi Blog,

Hari ni birthday Haziq yg ke-6...So happy for him ..aku rasa mcm baru jer lahirkan Haziq...alih2 dah besar dah anak bujang aku ni...cepat betul masa berlalu...


To Haziq, Mama wishes you Happy Birthday sayang...I love you more than anything else in this whole wide world...You bring happiness to me and to the rest of the family...

Birthday boy with his cake

Haziq, jadi anak yg baik ye sayang...dengar cakap org tua..jgn tinggalkan solat..jangan suka gaduh dengan adik2 sbb Haziq abang..Abang kena jaga dan sayang adik2...ok?

Mama dengan Papa ada surprise nak bagi kat Haziq hari ni..and we know that you would like it...

Happy Birthday to My Big Boy, Haziq Nuqman...I love you Always...

Birthday Cake...Spiderman jugak yg Haziq minat..

Hasif pun nak tompang sekaki...

Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:11 PM 0 comments

Suka Durian? Then read on...

Hi Blog,

Ari ni aku baca dalm paper The Star pasal tips memilih buah durian yg baik...now i'm hungry..hehe


1. Pilih buah dan cium buah durian tu.
2. Pilih buah yg mengeluarkan bau yg paling kuat dan overwhelming. Kalu org yg tak suka durian, dia akan kata buah ni yg paling busuk!!
3. Kalu baunye paling kuat, maka buah ni dah masak.
4. Bila dah puas hati dgn bau, anda boleh la gongcangkan buah tu.
5. Buah yg baik akan menghasilkan bunyi gema (echo) sbb buahnye tak melekat pada kulit.
6. Buah yg warna kekuningan adalah buah yg tak fresh.
7. Buah yg kecokelatan atau kehijauan adalah buah yg baik. Tapi anda harus melihat pada batang buah itu. Kalu warna hijau dan agak lembab maknanya buah tu baru ajer gugur dari pokoknyer. Selepas beberapa jam, batang buah itu akan mengering.
8. Lepas tu boleh la suruh penjual kopek buah durian dan voila!!! Insya Allah buah yg anda pilih adalah buah yg baik dan sedap.



Selamat melantak buah durian!!!


Labels: ,


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 9:30 AM 0 comments

Monday, June 02, 2008

Cuti-cuti Malaysia: Kuantan, Pahang

Hi Blog,

Weekend yg baru lepas ni kami sefamily telah berjaya cuti-cuti Malaysia ke Kuantan, Pahang.. Dah lama sebenarnya aku nak pergi Kuantan sbb seumur hidup aku, the farthest that I've been to Pahang was in Bentong...

Itu pun sbb kami pernah accident kat sini on the way to cuti-cuti Malaysia ke Kelantan..and that was years ago..tak silap aku masa tu aku dalam 14 atau 15 tahun...

Ok..coming back to Kuantan..the journey started around 10am..lepas pekena roti canai kat Kedai Hakim...on the way tu, kami singgah kat Burger King on MRR sbb Abang nak buat pelaburan..ahaks...then off we went to Kuantan...best jugak la jalan2 kat hiway Karak ni...sejuk mata memandang sbb kiri kanan tu banyak pokok2 hutan...lepas Karak, kami sampai kat Lebuhraya Pantai Timur..LPT..

Drive le pass Temerloh..Maran..Gambang...then Kuantan...sampai Kuantan dlm pukul 12.30pm gitu..nak check-in hotel tak boleh sbb too early...so kami terus pi Pantai Teluk Cempedak..we had our lunch kat KFC...then jalan2 kat pantai dia...cantik jugak..nampak bersih daripada pantai PD...

Dalam pukul 2pm gitu, kami check-in kat Hotel Vistana...lepas check-in tu kami bawak budak2 mandi kolam..Haziq and Hasif had a blast..siap bawak pelampung ngan google bagai..tapi tak reti berenang..aku ingat bebila nanti aku nak enrol bebudak ni masuk kelas swimming...baru best bila bawak diorg pi berenang2...

Lepas dah syiok mandi kolam, kami jalan2 kat Cherating...rupanya Cherating ni jauh jugak la dari Kuantan, ek...dalam 4okm gitu...sempat la kami lalu kat Gebeng..sampai kat Cherating, kami tak lepak mana pun sbb dah nak masuk maghrib..then kami pusing balik arah Kuantan..on the way tu, kami nak accident..ramai org kerumun..then nampak selipar terbongkang tengah jalan...ntah sape la yang jadi mangsa...

Sampai kat Kuantan, kami dinner kat Tanjung Lumpur...makan ikan bakar kat restoren Phuket...mmm...2.5 star out of 5...mahal jer lebih tapi kureng sedap...lepas makan baru le kami balik hotel...terbongkang sampai esok pagi..hehehe..

Esok tu kami check-ou lepas breakfast...balik tu, kami lalu ke Pekan..konon nak singgah kat muzium tapi muzium plak tengah renovate so kami jalan lalu depan istana Abu Bakar...besar jugak la istana ni...lepas dah puas jalan, kami balik ke KL..singgah makan kat R&R Temerloh sebelum balik ke KL...sampai KL dalam pukul 3pm gitu..

Gitu ler sedikit sebanyak cerita edisi cuti-cuti Malaysia: Kuantan Pahang...

Saya yg melaporkan...hehehe


Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:57 PM 0 comments