Hari Ini Dalam Kenangan...

Jadikan semalam sebagai pedoman, hari ini sebagai kenangan dan esok sebagai impian.....

Monday, February 23, 2009

Liang Lahat...sempadan akhirat

Hi Blog,

Semalam aku dapat berita tentang kematian sepupu Abang..Arwah meninggal dunia disebabkan demam panas...meninggalkan suami dan 3 org anak..sempat la aku menziarahi keluarga arwah dan melihat jenazah...


Banyak jugak kematian terjadi di dalam family aku tapi sepanjang hayat aku, aku tak pernah menghantar jenazah ke kubur...aku tak pernah lihat bagaimana rupanya liang lahat di depan mata aku...dan semalam, Allah memberikan aku satu pengalaman yg amat2 berharga dan menginsafkan...

Aku melihat bagaimana keadaan liang lahat di depan mataku sendiri..dan aku melihat bagaimana jenazah diturunkan dan diletakkan di dalam liang lahat...Dan semalam, aku mendengar sendiri Imam membacakan talkin pada jenazah....memang sangat2 menginsafkan dan mengharukan...sedih jugak bila lihat anak2 jenazah menangis di tepi kubur....

Pelbagai "what if" timbul di benak fikiran aku..what if aku yg di dalam kubur itu..what will happen to my kids...to my family...bagaimana keadaan aku di alam kubur nanti....what if yg di dalam kubur tu tu anak2 aku....suami aku...mak aku...ayah aku....bagaimana keadaannya nanti....?

Memang janji Allah itu benar...setiap yg hidup pasti akan merasai mati dan aku berdoa moga aku dimatikan dalam keimanan dan dipermudahkan urusan sakaratul maut dan siksaan kubur....

"Ya Allah, Kau rahmatilah saudara2 ku yg telah meninggal dunia...dan ampunilah dosa2 mereka..wahai Tuhan yg Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..."



Read more!>>>


posted by liZaZmi at 10:17 AM 0 comments

Monday, February 16, 2009

Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu


Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Lirik Sampai Syurga - Faizal Tahir


To my loving husband..."Sampai syurga ku menunggu...."

Read more!>>>


posted by liZaZmi at 3:15 PM 0 comments